Tuesday 10 December 2013

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TOPIK RANTAI MAKANAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI



Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia. Menggunakan bahan sumber P&P bagi mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P

Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991).

Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003).



Contoh Video  RANTAI MAKANAN 







0 comments :

Post a Comment