Contoh Rancangan Pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 5
Mata pelajaran:       Sains
Kelas:                      5 Bestari
Tarikh:                      1.11.2013
Masa:                        60 minit
Bilangan pelajar:    30 orang
Tema:                                 Menyiasat Alam Kehidupan
Bidang pembelajaran:      Rantai makanan dan siratan makanan
Objektif pembelajaran:     3.1       Memahami rantai makanan
Hasil pembelajaran:          3.1.3   membina rantai makanan
 3.1.4   mengenalpasti pengeluar dan pengguna
Di akhir sesi pembejaran ini, murid akan dapat
Menguasai isi kandungan
  a)  Membina rantai makanan diripada ekosistem y ang berbeza
  b) Mengenalpasti pengeluar dan pengguna dalam setiap rantai makanan  yang dibina.
  
Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
  a) Mengenalpasti hidupan dalam setiap ekosistem. 
  b) Merancang dan membina rantai makanan  berdasarkan maklumat yang dikumpum
  c) Menggunakan kemudahan teknologi: program microsoft word dan laman carian google  untuk mengumpul gambar-gambar hidupan.

Mengamalkan sikap saintifk dan nilai murni. 
  a) Melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan semasa merancang dan melakar draf rantai makanan.
 b)Menghargai masa dengan menjalankan pencarian dengan cekap dan sentiasa menumpukan kepada langkah menjalankan tugasan dengan terancang.
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Rantai makanan
1.    Rantai makanan bermaksud hubungan makanan antara benda hidup dalam sesuatu habitat.
2.    Contoh rantai makanan

3.    Tanda ( → ) dalam  sesuatu rantai makanan bermaksud “ di makan oleh”
4.    Haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan ataupun haiwan lain yang dimakan.
5.    Tumbuhan pula tidak memerlukan makanan kerana tumbuhan boleh membuat makanan sendiri menggunakan cahaya matahari, karbon dioksida

Bahan/peralatan dan bahan sumber:
Video youtube “food chain”
Video youtube nyanyian “Bangau Oh Bangau”
Nota “Power point”
Komputer
Buku catatan
Email
           
Langkah berjaga-jaga:
Berwaspada semasa melakukan carian di laman sesawang dan jaringan google bagi mengelakkan penerokaan laman atau bahan yang tidak bermoral.

Pengetahuan sedia ada murid:
Pelajar telah mempelajari cara haiwan membiak dan menjaga anak bagi mengekalkan kemandirian spesis dalam bab 5. Selain itu, pelajar juga telah diajar tentang pengelasan haiwan berdasarkan makanan yang dimakan iaitu: haiwan herbivor iaitu haiwan yang hanya makan tumbuhan seperti rumput ataupun pucuk tumbuhan, contohnya kambing dan arnab. Haiwan karnivor ialah haiwan yang hanya makan daging atau haiwan lain, contohnya cheetah dan harimau bintang. Pada kebiasaannya haiwan karnivor mempunyai kuku yang tajam, gigi yang tajam dan paruh yang kuat untuk membantu mereka membunuh mangsa dan memotong daging. Haiwan omnivor ialah haiwan yang makan kedua-dua tumbuhan dan haiwan lain, contohnya ayam dan beruang.
Kemahiran proses sains(SPS)/Kemahiran Berfikir Strategi Berfikir(TSTS)/Kemahiran Manipulatif Sains(SMS):
SPS:
·         Memerhati
·         Berkomunikasi
·         Meramal

KBKK:
1.    Kemahiran Berfikir Kritis:
·         Mencirikan
·         Membandingkan & membezakan
·         Membuat kesimpulan
2.    Kemahiran Berfikir Kreatif:
·         Menghubungkaitkan
·         Merekacipta
3.    Strategi Berfikir:
·         Menyelesaikan masalah
·         Membuat keputusan
Sikap sains dan nilai murni:
·         Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
·         Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam
·         Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
·         Bekerjasama




LANGKAH PENGAJARAN:


Fasa/ Masa
Isi Kandungan
AktivitiPengajarandanPembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
AktivitiMurid
Pencetusan Idea
(5 minit)

























Penstrukturan semula idea
(20 minit)


























 
Rantai makanan ialah hubungan makanan antara benda hidup dalam satu habitat.

























Rantai makanan
   
Menayangkan video melalui youtube tentang rantaian makanan.
Mengemukakan soalan bagi mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada pelajar tentang makanan yang dimakan oleh haiwan dan rantai makanan
Soalan:
     1. Namakan haiwan yang terdapat  dalam video yang ditayangkan?
    2. Apakah yang dilakukan oleh haiwan-haiwan tersebut?
    3. Dimanakah situasi ini dirakam?

4.Nyatakan pengelasan haiwan berdasarkan makanan yang dimakan?








Guru menunjukkan hubungan makanan yang wujud antara haiwan yang terdapat dalam video.



Guru menerangkan maksud rantai makanan dengan mengaitkan hubungan makanan antara hidupan dalam ekosistem yang berbeza.
  

Guru bersoal jawab dengan pelajar.
Soalan:
   1.   Nyatakan habitat/ ekosistem yang terdapat berhampiran anda?
    2.    Namakan hidupan yang terdapat dalam habitat/ ekosistem tersebut?

Guru mengedarkan soalan tugasan kepada setiap kumpulan:
Anda dan rakan ditugaskan membuat kajian tentang hubungan makanan yang wujud diantara hidupan dalam salah ekosistem berikut:


 

                   I.        Sungai
                  II.        Hutan
                  III.        Darat
                  IV.        Gurun
                  V.        Pantai
                 VI.        Air tawar
               VII.        Laut
               VIII.        Sawah
                  IX.        Padang rumput
                   X.        Terumbu karang
                   XI.        Paya bakau


Bina sekurang-kurangnya 2 rantai makanan yang terdapat dalam ekosistem yang diberikan.

guru bertindak sebagai fasilitator membimbing pelajar dalam menyiapkan tugasan. 
 
Memerhatikaan tayangan video dan memberi maklum balas bagi soalan yang diajukan guru.
Jawapan:
1.     Haiwan yang terdapat dalam video adalah rusa, dubuk, singa
    2. Memburu magsa dan menjadikannya makanan
Nota:
Sebahagian pelajar mempunyai miskonsepsi bahawa rantai makanan bermula dengan haiwan yang lebih kecil.
           3. Kawasan padang rumput/ hutan.
  4.Haiwan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan iaitu: herbivor, karnivor dan omnivor.








Pelajar bersoal jawab dengan guru.




















Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
Jawapan:

1.    Salah satu habitat/ ekosistem yang hampir dengan sekolah adalah sungai.

2.    Hidupan yang ada ialah ikan, udang, buaya dan lain-lain.

Pelajar dalam kumpulan mencari maklumat menggunakan carian google tentang hidupan yang terdapat dalam ekosistem yang dipilh.



Pelajar membuat lakaran awal rantai makanan yang ingin dibina.






Pelajar mencari dan mengumpul gambar menggunakan carian google image.



Menggunakan kreativiti pelajar membina rantai makanan.



Hasil dapatan kumpulan dihantar kepada guru melalui email untuk dinilai dan dikumpul.



Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan dihadapan kelas.









BBM:
* video youtube- rakaman yang disunting daripada program national geografi

KPS/KM:
*Memerhati
*Berkomunikasi

SS/NM:
* Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
KBKK:
* Mencirikan













BBM:
* Komputer

* Kertas A4

* Kad tugasan

KPS/KM:
* Berkomunikasi

SS/NM:
*  Bekerjasama

KBKK:
* Mencirikan
 

  

2 comments :

Post a Comment