Pengkelasan Haiwan



PENGELASAN HAIWAN BERDASARKAN MAKANAN YANG DIMAKAN


HAIWAN HERBIVOR
Haiwan herbivor merupakan haiwan yang makan tumbuhan sahaja. Sesetengah haiwan herbivor suka makan rumput dan pucuk muda tumbuh-tumbuhan

HAIWAN KARNIVOR
Haiwan karnivor merupakan haiwan yang makan haiwan lain sebagai makanan. Kebiasaannya haiwan karnivor mempunyai kuku dan gigi yang tajam serta paruh yang keras bagi membantu haiwan karnivor membunuh mangsa serta mengoyak dan menghancurkan daging kepada cebisan-cebisan kecil.

HAIWAN OMNIVOR
Haiwan omnivor merupakan haiwan yang agak unik kerana memakan kedua-duanya iaitu tumbuhan dan haiwan lain sebagai makanannya.


0 comments :

Post a Comment